House Renovation Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah kami dah dapat kunci rumah kami dan sekarang ni is in progress of renovation. Agak lama juga proses untuk kami masuk rumah baru ni. Lebih kurang sebulan lebih selepas dapat kunci barulah contractor dapat mulakan renovation work sebab ada defect yang developer perlu repair dahulu. Kebetulan pula masa tu dah masuk bulan Ramadhan, dan selepas tu pula cuti raya. Faham-faham je la semua orang penat dan cuti panjang.

Pindah rumah kali ni memang a new experience yang sangat menarik bagi saya. Masa ni baru tau macam-macam design dan material untuk bumbung, plaster ceiling, kabinet dapur, lampu, and etc. So saya nak share pengalaman saya dan suami walaupun tak berapa menyeluruh tapi harap dapat membantu.

Bumbung
Disebabkan kami ada extend bahagian dapur untuk buat wet kitchen, kena la decide untuk pakai bumbung jenis apa.

Ada dua jenis bumbung:
1) bumbung konkrit slab (concrete slab roof)
2) bumbung atap genting

1) Bumbung Konkrit Slab

At first memang plan nak buat bumbung jenis ini supaya in future senang untuk sambung tingkat atas, sebab tak akan ganggu bahagian bawah.
Luckily, contractor ada tanya bila nak buat tingkat atas tu. and his advice kalau lama lagi untuk sambung tingkat atas, better not to use concrete slab kerana lama-kelamaan permukaan atas bumbung boleh berkulat.
Namun, jika anda ingin juga membina bumbung jenis ini, pastikan ia weather proof dan ada pengairan yang betul. Bumbung perlu dibina bercerun (slope) sedikit supaya hujan tidak bertakung. Boleh baca di sini untuk tau akibat kalau salah cara bina bumbung jenis ini.
For price comparison, of course concrete slab lebih mahal compared to atap genting.


Bumbung slab beserta lubang air.

2) Bumbung Atap Genting

Akhirnya, Ini jenis bumbung yang kami pilih. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan bumbung konkrit. Mujur contractor kami bepengalaman, mereka panjangkan lebih besi tiang supaya terkeluar dari tiang. Bila nak extend tingkat atas nanti akan jadi lebih mudah. 

bumbung atap genting

Pastikan juga dengan contractor jenis atap genting konkrit atau tanah liat dan warna bumbung. Pastikan bumbung sama warna dengan bumbung asal.

Lain-lain tips untuk extend rumah:

  1. Tiang- asas mesti ditanam kedalam tanah. kalau tak cukup dalam, berkemungkinan besar dinding akan retak.
  2. Dapatkan kelulusan dari Majlis Perbandaran yang berkaitan untuk lakukan ubah suai rumah. Pastikan kerja ubah suai sama dalam lukisan supaya dapat claim balik deposit yang dibayar. Kesilapan kami, tak pasang saluran air untuk air yang jatuh dari bumbung. itu pun tak boleh sebab dalam lukisan saluran tu ada. 

Comments

  1. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because
    House Renovations in Brixton,

    ReplyDelete
  2. How do I make money from betting on the NFL in 2021?
    I started by playing งานออนไลน์ with the NFL in my day job and eventually became a regular kadangpintar moneyline wager manager. Before I went to BetMGM I realized that deccasino

    ReplyDelete
  3. Harrah's Philadelphia - MapyRO
    Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack 평택 출장마사지 The casino 서귀포 출장샵 offers 용인 출장안마 over 700 gaming machines, including an over-sized table 논산 출장샵 and a 1,200 경기도 출장샵 slot machines.

    ReplyDelete
  4. Cool and I have a tremendous offer you: How To House Renovation house renovation ideas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts